Monday, 13 June 2011

Pengenalan


Alhamdulillah , pertama kali bersyukur kepada Allah kerana diberi kesempatan waktu untuk mewujudkan sebuah blog khusus kepada satu program yang berkonsepkan Mahabbah kepada Rasulullah sollahu 'alaihi wasalam.

Saudara-saudaraku ,
 Rasulullah sangat mencintai kita melebihi cinta kita kepada diri kita sendiri.Allahu Allah, alangkah kerdil diri kita bila sangat dirindui oleh insan paling mulia ,paling agung.

Maka atas alasan ingin menzahirkan rasa cinta yang sama kepada Rasulullah , ahli jawatankuasa kepada program yang diberi dengan nama yang indah iaitu "Lantunan Mahabbah Rasulullah sollahu 'alaihi wasalam".

Nama program yang indah pasti datang dari peribadi yang indah jua.Untuk makluman sahabat-sahabat, nama tersebut telah dicadangkan oleh al-Alim as-Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki , seorang tokoh ulama muda yang admin kira semua sudah mengenali beliau.

Jadi blog ini diwujudkan sebagai penyalur maklumat semasa kepada sahabat-sahabat yang turut mencintai Rasulullah sollahu 'alaihi wasalam.

Semoga kita semua menerima syafaat Rasulullah sollahu 'alaihi wasalm dengan berkat usaha yang kerdil ini.

1 comment:

  1. kher alhamdulillah,,trskn usha anda..sma2lah kta prgiatkn program kcintaan Nabi Muhammad S.A.W..sollu alannabi

    ReplyDelete