Thursday, 16 June 2011
Lantunan Mahabbah bersama Ulama tersohor
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk bersama dengan ulama solehin dalam majlis yang penuh mahabbah. Kepada sahabat-sahabat, sila hebohkan majlis bermanfaat ini kepada kenalan rapat,maya,keluarga dan lain-lain.Semoga kita semua mendapat syafaat dari Allah subhanallahu ta'ala.
Jangan lepaskan peluang mahabbah ini
JANGAN LEPASKAN PELUANG INDAH DAN SYAHDU INI
Masih tergambarkah ketika 4 mac 2011 anda bersama hampir 4000 pencinta rasul berpakaian putih di kediaman rasmi MB…penuh syahdu berzikir, berselawat lalu berdoa untuk hadir lagi dalam majlis seumpama itu
Alhamdulilah… kini untuk kali kedua nya kita himpunkan lebih ramai lagi bagi memastikan semua kita dapat merasai suasana penuh syahdu dan indah itu
Bayangkan untuk kali ini sasaran kita 8000 pencinta rasul berkumpul
Semua bertahlil seorang 100 kali, tasbih ,tahmid, takbir,berselawat 100 kali, semua menadah tangan bermunajat berdoa kepada Allah
Sedarkah kah kita pada hari itu sebenarnya kita mengumpulkan
- 800 000 kali tahlil,
- 800 000 kali tasbih, tahmid takbir,
- 800 000 kali selawat,
- 1 600 000 tangan menadah memohon doa untuk kita dan keluarga serta kepada yang telah meninggal memerlukan doa dari kita juga kesejahteraan negeri kedah dan Ummah
Ayuh pastikan anda tidak ketinggalan pada 08.07.2011 di stadium sultan abd.halim
YANG MAMPU ANDA LAKUKAN
SEBELUM 8 JULAI –
1. *TANAMKAN AZAM DAN NIAT UNTUK HADIR BERSAMA PADA 8 JULAI 2011
2. * BERAZAM UNTUK MEMBAWA SELURUH AHLI KELUARGA AGAR MEREKA JUGA MENDAPAT MENAFAATNYA
3. * BERAZAM UNTUK MENGAJAK 10 RAKAN/JIRAN YANG LAIN UNTUK HADIR
4. * MAKLUMKAN KEPADA RAKAN TAULAN, JIRAN MELALUI POSTER EDARAN HANDBILL SMS, TELEFON, FACEBOOK, BLOG LAMAN WEB DAN SEBAGAINYA. DIMASJID DAN SURAU SERTA MAJLIS ILMU DAN KERAMAIAN
5. * INGATKAN DAN PESAN KEPADA MEREKA UNTUK TIDAK LUPA TARIKH 8 JULAI
6. * BANYAK KAN SELAWAT, ZIKIR DAN ISTIQFAR SUPAYA KEHADIRAN KITA DENGAN HATI YANG BERSIH ( CADANGAN 5000 SELAWAT DAN 5 000 ISTIQFAR)
7. * SEDIAKAN PAKAIAN PUTIH
8. * HANTARAN BORANG TAHLIL KHUSUS UNTUK ARWAH KEPADA MAAHAD DARUL HADIS ATAU MANA-MANA KELAS PENGAJIAN PAKSI SEBELUM 8 JULAI.
PADA 8 JULAI
PASTIKAN SAUDARA
1. NIATKAN HADIR SEMATA-MATA KERANA ALLAH UNTUK MENGAGUNGKAN DAN MEMUJI ALLAH DAN RASULNYA
2. BERPAKAIAN PUTIH DAN BERWANGIAN SERTA BAWA SEDIKIT JUADAH
3. SAMPAI SEBELUM JAM 7.50 PAGI
4. PENUHI TIAP PINTAAN DARI PENGACARA MAJLIS DAN SYEIKH
5. BERSAMA MENGIKUTI SEMUA ACARA HINGGA TAMAT
MAKLUMKAN KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI
SEORANG YANG HADIR ATAS JEMPUTAN ANDA ... SETIAP AMALAN NYA SEPANJANG MAJLIS TERSEBUT PAHALA NYA JUGA UNTUK ANDA . REBUTLAH PELUANG INI ... YANG BUKAN SELALU DATANG.....
Kenangan program pertama
Alhamdulillah... Allahuakbar... Terasa gembira dengan aturan Allah yang sangat indah. 4 Mac 2011 tarikh yang menjadi sejarah apabila 4,ooo para pencinta Rasulillah berkumpul di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah. Insyallah, Lantunan Mahabbah anjuran Umat Muhammad sollahu 'alaihi wasalam dikelolakan oleh Yayasan Paksi mengsasarkan jumlah muhibbin yang lebih ramai untuk berkumpul di bawah lembanyung mahabbah Rasulillah sollahu 'alaihi wasalam.
Monday, 13 June 2011
Pengenalan
Alhamdulillah , pertama kali bersyukur kepada Allah kerana diberi kesempatan waktu untuk mewujudkan sebuah blog khusus kepada satu program yang berkonsepkan Mahabbah kepada Rasulullah sollahu 'alaihi wasalam.
Saudara-saudaraku ,
Rasulullah sangat mencintai kita melebihi cinta kita kepada diri kita sendiri.Allahu Allah, alangkah kerdil diri kita bila sangat dirindui oleh insan paling mulia ,paling agung.
Maka atas alasan ingin menzahirkan rasa cinta yang sama kepada Rasulullah , ahli jawatankuasa kepada program yang diberi dengan nama yang indah iaitu "Lantunan Mahabbah Rasulullah sollahu 'alaihi wasalam".
Nama program yang indah pasti datang dari peribadi yang indah jua.Untuk makluman sahabat-sahabat, nama tersebut telah dicadangkan oleh al-Alim as-Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki , seorang tokoh ulama muda yang admin kira semua sudah mengenali beliau.
Jadi blog ini diwujudkan sebagai penyalur maklumat semasa kepada sahabat-sahabat yang turut mencintai Rasulullah sollahu 'alaihi wasalam.
Semoga kita semua menerima syafaat Rasulullah sollahu 'alaihi wasalm dengan berkat usaha yang kerdil ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)